Thursday, May 10, 2012

Pesta Pantun UKM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo...

dia dah buat lagi dah~
sampai mama pun kata yang saya ni tak reti nak duduk diam, ada saja benda yang nak dibuat masa cuti panjang ni...

lama dah tak post dalam Bahasa Melayu (BM)...
bukan tak nak tapi memang berniat nak gunakan Blogger ni sebagai medium untuk memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris (BI)...
Alhamdulillah, semuanya ok dan saya masih lagi belajar & memperbaiki diri sendiri...

sebab saya memilih untuk post dalam BM kali ni ada kaitan dengan tajuk post...

Tidak kelam kasih kupelihara,
Kuhulurkan salam pembuka bicara.

ya~ jangan tak percaya...saya 'tawarkan diri' untuk menyertai Pesta Pantun...
kalau sebut pasal pantun...dah join sejak sekolah menengah lagi dan kali terakhir berpantun ni masa kat UNPAD dulu...masa Bulan Persada Melayu (BPM), aktiviti Kelab UMNO Bandung...
tu cerita dua tahun yang lepas...cerita sekarang ni...kena hafal pantun tu (OH, TIDAK!!!)~ kena jawab tanpa kertas, jawab secara spontan TT^TT
masa dapat tau benda ni...memang terasa nak nangis pun ada sebab selama ni berbalas pantun dengan kertas di hadapan tapi sekarang - spontan!
tapi cabaran tetap disahut (ewah~ xD)

seminggu lebih berlatih + bersedia~ hari yang ditunggu pun tiba~

Pesta Pantun UKM
Tarikh: 27 - 30 April 2012
Tempat: Panggung Seni UKM

pentas pertandingan akhir
[diambil pada 30 April 2012]
masuk Panggung Seni terus rasa berdebar...sakit perut pun ada...
kalau tak berdebar, itu tipu namanya kanda~ >////>
tengok pentas, nampak papan nama kolej sendiri..."oh, kita bertandinglah malam ni..."


Sekilas berenang si ikan keli,
Pantun dijual sudi kubeli.

tiga pusingan...tiga pantun dijual, tiga pantun dibeli...
menenangkan diri dengan senyum yang tak penah putus...
tapi pengalaman di atas pentas...menjual & membeli pantun...memang pengalaman yang cukup berharga...
masa tengok kolej-kolej lain bertanding, "wow~ mantap!" siap bernyanyi-nyanyi dan berbunga-bunga bahasa kat atas tu...siap usik-mengusik lagi~ =////=
dan pada masa tu, mula terpikir...kami memang kurang berlatih...tapi tak mengapa sebab kami ada gaya kami tersendiri :)

Pemantun Kolej Tun Dr. Ismail
senyum- senyum sebelum naik pentas...
teruskan tersenyum di atas pentas...

masuk hari kedua pertandingan...badan yang sememangnya tak sihat sepanjang minggu latihan mula 'tewas'...suara serak, pening kepala...
dah sudah...menyusahkan kawan yang satu tu...sepatutnya dia tak naik pentas hari tu tapi disebabkan benda ni terjadi, dia naik untuk gantikan diri ini...
rasa bersalah memang bertalu-talu hari tu...
kami hanya mampu berjuang sehingga ke suku akhir...dan kami sendiri banyak belajar melalui pengalaman kali ini...
[minta maaf banyak- banyak sebab saya tak jaga kesihatan dengan baik....terima kasih sebab bekerja keras untuk kumpulan kita...saya hargai semua tu...]

bersama pengurus dan penasihat pasukan
mereka yang bekerja keras di hari kedua pertandingan...

satu lagi pengalaman berharga semasa saya bergelar "pelajar Fakulti Perubatan UKM" hahaa
selepas drama muzikal dan teater ARCA, pantun pula yang diserang...
secara jujurnya, sikit pun tak rasa rugi sebab gunakan masa cuti untuk Pesta Pantun UKM~

banyak benda yang kita boleh belajar dengan pantun ni...bukan hanya dari segi bahasa...
adat Melayu memang indah...kalau bukan generasi muda yang sudi memeliharanya, siapa lagi yang mampu melaksanakan amanah ni...
renung-renungkan...

Indah berseni tari Sang Galak,
Hiasan Padat mulus tak kelam,
Tingkah insani sekarang dan kelak,
Apakah adat kan terus tenggelam?
[pantun hasil rekaan bersama teman semasa BPM di UNPAD]

XOXO -  peliknya kalau baca semula...minta maaf ya~ =////=

No comments:

.: cherish your every moment in life...be happy :.