بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
yea~
31 Ogos menjelang kembali~
dan Noi harap sangat-sangat yang Noi tak terlewat untuk post pasal benda ni pada hari ni~
tanggal 31 Ogos....
semua warganegara Malaysia tahu tentang tarikh 'keramat' ini...
semua warganegara Malaysia tahu apa pereistiwa bersejarah yang telah berlaku pada tarikh ini...
tarikh di mana laungan "MERDEKA!!!" menjadi kenyataan...tarikh yang menunjukkan Malaysia telah pun bebas dari penjajah pada 53 tahun yang lalu...
kepada yang tak tahu, ini peta Malaysia...
ini pula peta dunia...
cuba tengok betapa kecilnya kita berbanding dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan China...
tapi...negara kecil ini mampu bertahan dan bersaing dengan negara-negara maju yang lain~
sudah 53 tahun...
sudah 53 tahun Malaysia merasai nikmat MERDEKA ini...
sebagai rakyat Malaysia...ya, Noi bangga menjadi salah seorang warganegara Malaysia, bangga mengibarkan Jalur Gemilang, bangga menyanyikan lagu NEGARAKU!!!
memang banyak lagi negara yang hebat dan menarik di dunia ini tapi Malaysia tetap di hatiku~hahahaa
.: Jalur Gemilang :.
tentang isu Malaysia-Indonesia yang berlaku akhir-akhir ini....tak ada apa yang boleh Noi katakan di sini...
pengalaman tinggal di Bandung, Indonesia selama 3 tahun dah cukup mengajar Noi untuk menilai sesuatu kejadian itu...
dan untuk pengetahuan semua, sepanjang 3 tahun Noi di sana, apabila tiba sahaja bulan Ogos, bulan kemerdekaan bagi kedua-dua negara ini (Hari Kemerdekaan Indonesia = 17 Ogos), ada sahaja isu yang akan timbul dan isu-isu ini pula menimbulkan ketegangan dalam hubungan kedua-dua negara ini...
kami sebagai pelajar di sana dinasihatkan agar tidak terlibat dalam membincangkan hal ini bersama rakan-rakan Indonesia dan menjaga keselamatan diri masing-masing...
Noi harap sangat-sangat isu ini akan selesai dengan aman...
Noi harap sangat-sangat jangan ada lagi kegiatan bakar-membakar atau melumurkan najis pada bendera kesayangan kita semua ini...dan harap tiada kegiatan melakukan benda yang sama terhadap bendera Republik Indonesia ya...
sakit hati bila baca berita ni di akhbar beberapa hari yang lalu...tolonglah berfikiran matang sikit wahai manusia~
mana semangat "Kita Serumpun" tu?
post kali ini bukan nak cerita pasal isu ini...
cuma nak merakamkan ungkapan "Selamat Hari Merdeka" dan berkongsi apa-apa yang patut tentang hari ini...
nyanyikanlah lagu NEGARAKU dengan rasa bangga, hormatilah Lagu Kebangsaan kita ini, jangan buat tak tahu apabila kedengaran lagu ini dinyanyikan...paling sikit pun berdiri tegak, jangan buat muka pelik pula bila dengar lagu ni dinyanyikan
[berlaku di dalam LRT pada hari Ahad lalu, sekumpulan pelajar menyanyikan NEGARAKU, penumpang lain yang ada di dalam LRT tu buat muka pelik dan tak berdiri langsung~]
dan jangan pandai-pandai nak mengubah dan menghina lagu ini ya...memang sah nak kena buang negara!
tolong-menolong dan kekalkan persefahaman antara kaum...jangan timbulkan dan lakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan rasa tak selesa antara kaum...dan berfikiran matang dan bijak dalam menganalisa semua berita yang dikeluarkan oleh mana-mana media, jangan mudah terpengaruh dan membuat keputusan melulu tentang sesuatu...
[tahukah anda, datuk, nenek, ibu, dan bapa kita berharap agar peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei tidak akan berulang kembali]
sayangi Malaysia...
bangga menjadi sebahagian daripada Malaysia...
kibarkan Jalur Gemilang dengan rasa megah...
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA MALAYSIA KE-53
"1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"
Alhamdulillah...semoga Allah Taala sentiasa memberkati dan mengekalkan kebebasan dan nikmat kemerdekaan kepada Malaysia ini....
XOXO - "will you serve Malaysia in the future?"
No comments:
Post a Comment