بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
tak tahu nak post apa kali ni...masih tersusun-susun lagi ayat untuk post pasal kehidupan di Surgery ni~hehee
ok~untuk kali ni, nak kongsi dengan rakan-rakan tentang sesuatu yang diri ini baca sebentar tadi (majalah Al-Islam Feb 2010)....
EMPAT JENIS HATIAhmad ath-Thabrani dalam satu riwayatnya menyebutkan bahawa ada empat jenis hati:
- Pertama, hati yang permukaannya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yang menerangi. Itulah hati orang Mukmin
- Kedua, hati yang hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang kafir
- Ketiga, hati yang tertutup dan terikat dalam sampul, iaitu hati orang munafik
- Keempat, hati yang pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur dengan kemunafikan. Perumpamaan keimanan yang ada padanya seperti tanaman sayur-sayuran yang sihat kerana disirami air yang baik, sedangkan kemunafikan yang ada padanya seumpama bisul yang dipenuhi nanah
itu sahaja perkongsian buat masa ini...semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan-rakan yang singgah ke blog ini~^^
XOXO - yang mana satu hati anda~?
No comments:
Post a Comment