Thursday, October 21, 2010

Allah lagi sayangkan dia...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo...

testing~testing....
sekali lagi...saya cuba untuk post dalam Bahasa Melayu....^^

masih lagi dalam dilema...masih lagi bersungguh-sungguh sepanjang Study Week ni...
tapi, Noi mengetahui satu hakikat yang 'kejam'...makin banyak Noi baca, makin banyak rupanya yang diri ini tak tahu... :D

anyway, i'll try my best to improve myself...i'll already made a promise to myself, to my supervisors during the 2 postings (thanks for your guidance and kindness...i'm so grateful to have you as my supervisors)...
wish me all the best...

OK...
saya berehat sebentar bersama blog..hahahaa~
terasa macam nak post juga pasal benda ni...
bukan nak menambahkan entry post kat blog...tapi nak mengingatkan diri sendiri...

Pelajar Malaysia ditemui mati di rumahnya di Bandung

masa terbaca tajuk ni kt FB BHarian...hati terus terdetik..."Siapa pula student Bandung ni?"
macam tak percaya benda macam ni akan berlaku...lebih-lebih lagi terdapat kenalan di sana....
terus klik kat link tu dan tunggu (time ni la internet nak slow semua...aish~)
sebaik sahaja page tu dibuka...mata tertumpu pada nama pelajar tersebut..."Macam kenal...."
lepas tu terus teringat...beliau adalah salah seorang senior 5th Year kat sana...

diri ini hanya mengenali beliau secara biasa sahaja...tiada hubungan rapat atau apa-apa...kalau terjumpa, cuma "Hai~" atau senyum sahaja...
namun yang pasti...kehilangan beliau pasti dirasai, lebih-lebih lagi oleh kenalan rapat dan keluarga...
Noi tak tahu beliau macam mana orangnya...yang Noi pasti, beliau seorang yang peramah...

Al-Fatihah untuk Saudari Inani Zalikha, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...semoga tempatmu di Syurga wahai teman...

apabila mengetahui hal ini...hati terdetik..."Kita tak tahu giliran kita bila...."
salah satu FB status teman :
"Jangan tertipu dengan umur yang muda, kerana mati BUKAN syaratnya tua...Jangan tertipu dengan badan yang sihat, kerana mati BUKAN syaratnya sakit..."
[al-fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]
dalil Al-Quran juga ada menyebut:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada kami kamu dikembalikan"
[Surah Al-'Ankabut, ayat 57]

Jadi rakan-rakan sekalian...ingatlah Allah sentiasa....ingatlah bahawa bila-bila masa sahaja nikmat HIDUP dan NYAWA ini akan ditarik dengan kehendak-NYA...
DIA Maha Mengetahui akan setiap kejadian....

berada di TAHUN KLINIKAL ini sendiri sentiasa membuatkan diri ini agar beringat-ingat kepada-NYA dan sentiasa bersyukur dengan pemberian-NYA...
melihat pelbagai ragam dan penyakit manusia, melihat betapa sabarnya sebahagian dari mereka menahan dugaan yang diberi, mengetahui terdapat nyawa yang telah diambil...sedikit sebanyak membuatkan diri ini insaf...

sekarang giliran mereka...entah bila giliran diri ini...adakan diri ini akan setabah itu nanti?
sedangkan sekarang...sedikit ujian diberikan terasa seperti ujian tersebut tersangat besar untuk dihadapi...

semoga diri ini lebih tabah di masa hadapan untuk menghadapi ujian-MU...

XOXO - takziah untuk teman-teman rapat dan keluarga Inani...al-Fatihah~

5 comments:

farah said...

err.noi noi..
'delima' ? hehehe
dilema la...haha kondem noi.

AdlineLime^-^Tea said...

ayark~hahaaa~kantoi~~
dh betui kn~hahaaa~~

AdlineLime^-^Tea said...

ish~xjd nk post serius skit...
spoil dh mood =p

faru said...

hahaha , jangan la marah nanti cepaaat tua. kekeke ;p

AdlineLime^-^Tea said...

xde la~mne ade marah...
i x marah pun~

al-fatihah buat arwah ye...
semoga tenang di sana...

.: cherish your every moment in life...be happy :.