Sunday, June 13, 2010

peringatan buat teman2....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo...

hehee....dah lama tak post blog dalam bahasa Melayu (BM)...
post terakhir dalam BM pun tak ingat bila...
jadi kalu macam 'rusty' sikit, minta maaf banyak2 la ye....

bukan tak pandai ber-BM ni, tapi Noi tak pandai nak meluahkan perasaan atau emosi dalam BM...
Noi bangga dilahirkan sebagai ANAK MELAYU & ISLAM...
Noi bangga yang BM ni BAHASA KEBANGSAAN...
kalau bercakap pun - BM pilihan utama, English bahasa ke-2...
tapi tu la, bab2 menulis ni...tatabahasa Melayu kena belajar lagi la...^^

berbalik kepada tajuk asal...
sebenarnya, post hari ini nak mengingatkan kepada teman2, terutamanya yang perempuan la & bertudung...
kepada yang tak bertudung, sila baca juga & ambil iktibar...mungkin anda boleh gunakan peringatan ni bila sampai masanya anda ingin bertudung...
mungkin ada yang dah tahu pasal benda ni, jadi ini peringatan semula....kan saling ingat-mengingati ni amalan mulia~^^

fesyen tudung...sentiasa berubah & semakin cantik dari hari ke hari...
kalau dulu, cuma pin di bawah je, lepas tu jadi la selempang kiri dan kanan, pastu ada 'satelit' plak...semuanya jadi pilihan....
yang penting, bertudung menutup aurat kita & labuhnya tu mestilah menutup/melebihi dada kita...
cuma nak mengingatkan pasal pemakaiannya....
dan yang tengah popular sekarang - shawl & tudung ala-ala Syria tu...

.: fesyen moden :.
(taken from - Flickr.com under Syokkahwin.com's photostream)

.: cantik...dan memang ayu :.
(taken from blog - http://zh-bucuk.blogspot.com/)

memang cantik, Noi sendiri akuinya...
tapi...hehee...Noi tak pandai nak pakai la tudung macam tu...
niat di hati ada, tapi tak berani nak mencuba...takut tak padan dengan muka sendiri....

topik utama di sini bukan pasal fesyen tudung...tapi caranya....
caranya di sini, kalau tengok la gaya2 nya...semua nak bersanggul tinggi2...
mula-mula memang la Noi tak ambil tahu pasal benda ni, pasal sanggul2 ni...
tapi terbaca satu status Facebook satu senior ni...lepas tu terbaca plak caption pasal tudung2 dan sanggul2 ni...

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223 -

Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

dah abih baca?
jadi?
macam mana?
Noi serahkan kepada teman-teman yang membaca post ini untuk menilainya & menghayatinya....
ini bukan sahaja untuk yg bertudung shawl atau ala-ala Syria tu, tapi untuk semua fesyen bertudung pun...
diingatkan....Noi bersikap neutral ye di sini~^^~

peringatan ini bukan la untuk orang lain sahaja, tidak sedikit pun bermaksud untuk 'condemn' sesiapa...
peringatan ini juga ditujukan untuk diri sendiri....mengingatkan diri agar lebih berhati-hati dalam pemakaian tudung ni...

kita hidup di dunia sentiasa mencari REDHA Allah Taala supaya bahagia & aman di kemudian hari (a.k.a akhirat)...

fikir-fikirkan la...dan buat pilihan yang bijak~^^

XOXO - kepada yang masih tertunggu-tunggu ulasan kem PPD2 dari Noi...minta maaf banyak2 la yer....lagi satu, tolong klik 'kochi-kochi' (nuffnag ku)...thanks~^^

2 comments:

eyemeroll said...

tu la.pmpn skang ni susah tol nak bertudung..
apada..

oh..btw..

ni website aku..jual pakaian muslimah..sesuai dengan tajuk entri ni..hehe

http://busanamelayu.com

;3

AdlineLime^-^Tea said...

nk bertudung x susah la, terpulang pd individu nk nilai cmne...

hohoo...
sempat lg tu nk promote ^^
insya-Allah sye letak kt slh satu entry lps ni eh~

.: cherish your every moment in life...be happy :.