Wednesday, June 16, 2010

rasa hati...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum n elo...

rasa hati...
semasa diri ini dapat tahu yang posting pertama untuk Tahun 3 ini adalah Obstetrics & Gynecology (O&G)...tak tahu nak ceritakan bagaimana perasaan ketika itu....
gembira...sebab apa yang telah dirasakan sebelum ini adalah tepat - "Noi rasa Noi dapat O&G...tak pun Medicine..."
nervous...tertanya-tanya - "dah ready ke belum ni?"
takut...sebab dengar cerita2 yang 'ting-tong' sikit dari senior2 - sibuk, lecturers garang2...

tapi...tak tahu kenapa...diri ini lebih kepada perasaan positif
"semuanya akan OK!!!"
"Noi boleh buat!!!"
"tak payah nak takut2, tak payah nak fikir teruk2, FOCUS!!!"

hari pertama - berjalan dengan lancar, tiada apa yang berlaku sangat...yang penting dapat clerk patient kes obstetrics...
hari kedua - kuliyah, jumpa supervisor kumpulan, dapat assignment, teruskan lagi cover bed...prepare untuk wad round...pergi workshop...dan dapat sakit kaki....
hari ini, hari ketiga - ikut wad round, teruskan clerking patients tapi hari ni dapat amik history je...tak ada buat examination...dan seperti semalam...SAKIT KAKI!!!

rasa hati...
apa yang diri ini rasakan setelah 3 hari berada di O&G?
BEST!!!
walaupun masih mencuba untuk adapt dengan semua ni...masih malu-malu & takut-takut lagi nak tegur pesakit...tapi semua itu bukan penghalang nak belajar...
ambil history pesakit, macam-macam benda boleh belajar...
tengok pesakit yang nampak tak tenang...hati ini mahu dekatinya...nak tanya - "OK ke?"
tengok ibu-ibu yang sedang menanti saat untuk melahirkan...macam2 tercatat di wajah mereka...
tengok pula ibu-ibu yang sudah melahirkan...wajah nampak lebih berseri, tersenyum puas melihat permata masing-masing....

rasa hati...
diri ini perlu berusaha dengan gigih lagi....
diri ini perlu kenal kelemahan sendiri...
diri ini perlu tahu apa yang perlu & mahu dilakukan...
diri ini perlu berfikiran ke hadapan....
diri ini...diri ini...

esok bermula tugasan on call yang pertama....
bermula episod berjaga satu malam tanpa tidur, apabila siang bersiap untuk pelajaran seterusnya....

menyambut kelahiran....
melihat insan baru lahir ke dunia...
memahami gelagat pelbagai manusi....
hidup ini memang penuh warna...

XOXO - memang sah...saya suka merepek >///<

No comments:

.: cherish your every moment in life...be happy :.