Thursday, March 4, 2010

kisah sang editor...

Assalamualaikum n elo...

ok...post terbaru...dalam BM la yer...harap tak ada yang kisah sangat pasal pertukaran penggunaan bahasa...
macam biasa, ni blog Noi...suka hati Noi nak buat apa...nak baca silakan baca, tak nak baca tak apa...

editor...
tugas yang Noi pegang sejak setahun yang lalu dan dengan rasminya berakhir bersama-sama terbitnya Be In-Pact Edisi Ke-5...
perasaan jadi editor? best la juga...dan mencabar...
kena fikir apa je nak letak untuk setiap keluaran, cek satu-satu kerja yang dah diberi kat orang lain, dan susur atur...
1st time pegang jawatan Ketua Biro, 1st time jadi editor untuk naskhah yang agak penting untuk pelajar-pelajar Malaysia yang ada di sini...

setiap kali Be In-Pact terbit...
Noi akan ada satu perasaan ni...tak tau nak cakap macam mana perasaan ni...
teruja, risau, gembira, resah...semua ada...
dan setiap kali Noi nampak orang baca hasil kerja bear-bear (gelaran yang Noi beri kepada ahli-ahli Biro Info merangkat sidang ridaksi Be In-Pact), Noi tertanya-tanya...apa yang pembaca rasa...

sepanjang Noi jadi Editor ni....Noi selalu tertanya-tanya...
"ada tak orang yang tak puas hati dengan kerja kami?"
"betul ke Noi buat kerja yang betul sebagai Editor?"
"apalah yang diorang buat dengan Be In-Pact ni?"
macam-macam lagi la...

sepanjang setahun Noi jadi editor...nak dapat komen dari pembaca pun susah...
yang selalu komen, mantan MT PKPMI-CB sendiri...setiap kali mesyuarat, kalau Be In-Pact terbit minggu tu...macam-macam la "gedebuk" dapat tapi semuanya membina dan tak tau kenapa, Noi gembira dapat komen-komen tu...
komen from pembaca?leh kira dengan jari sepanjang noi jadi editor ni...kadang-kadang terpikir...diorang ni dapat ke tak Be In-pact ni?baca ke tak?

tapi hari ni...
buat pertama kalinya...setelah Noi letak jawatan as editor...Noi dapat SMS, komen pasal kerja Noi sebagai Editor...
komennya?!Noi terlupa nak sertakan salah satu aktiviti yang dibuat oleh satu biro ni ke dalam 'Summary' Aktiviti PKPMI-CB (salah satu kolum dalam Be In-Pact Edisi 5)...
walaupun dalam SMS tu dia kata tak kisah, tapi Noi dapat rasakan dia agak kecik hati sebab aktiviti tu tak tersenarai...
baik la...Noi pun dah balas SMS tu, minta maaf semua...itu kesilapan Noi as Editor...
dia pun balas...tak apa, hope team yang seterusnya tak buat kesilapan yang sama...

hehehe...
terima kasih kepada yang menghantar SMS...terima kasih di atas komen tu...
perasaan Noi?biasa-biasa je...cuma terfikir...tak kan la cuma keluaran ni je ada orang tak puas hati?yang lepas-lepas tu?
bukan bermaksud Noi nak komen, nak penghargaan setiap kali keluaran...
cuma...macam ni la...ada komen, ada cadangan, ada la improvement untuk Be In-Pact ni kan?
tak payah nak cakap belakang...tak luahkan perasaan tak puas hati tu...macam mana la Be In-Pact 'kesayangan' semua ni nak jadi yang terbaik?

kisah sang editor lama dah pun berlalu...
kini tibanya kisah sang editor yang baru...
Noi tak tau siapa yang akan jadi editor yang terbaru...cuma satu je pesan Noi...jangan takut untuk terima sebarang komen pasal kerja kita sebab komen itu salah satu medium untuk kita perbaiki diri kita, jadikan diri kita lebih baik di masa akan datang...
kepada ahli PKPMI-CB...teruskan menyokong PKPMI-CB...jagalah Be In-Pact yang korang semua dapat secara percuma tu...hargailah hasil kerja anak Malaysia...

PKPMI tetap di hati~ blogger-emoticon.blogspot.com

XOXO - kalau tak puas hati...komen banyak2 eh...
p/s : sambung study...

2 comments:

Dr Amad said...

Alhamdulillah..bagus noi weh! =)

AdlineLime^-^Tea said...

laju sungguh abg amad komen...hehehe...

yup...
Alhamdulillah...slmt dh noi keje jd editor...

.: cherish your every moment in life...be happy :.