mesti orang yang baca blog ni (hehehe...bajet blog famous la tu..) tertanya-tanya - "kenapa la minah yang sorang ni pilih tajuk ni?", "kenapa pasal sayang lagi ni?", "tak de modal lain ke?"...
so jawapan dari empunya diri...Noi tak ada jawapan untuk itu...hehehe~
Noi tiba-tiba je terasa...nak bagitau semua orang - "SAYA SAYANG MAMA & BABAH~!!!"
macam menunjuk-nunjuk pun ade, mcam orang jakun pun ada gak...nak wat camne...this is my blog & i have the right to post anything i like....hehehe
kalau pasal babah, Noi dah banyak kali kot citer pasal babah kat blog ni...
"the emperor"
"the man who never shows his true feelings"
"for him, his grown-up daugthers are still like little girls"
"love his family""busy man yet tried to spend time with his family"
tu adalah description pasal babah Noi yang dipost dalam blog ni...kalau nak tahu lebih, cari la kat post2 yang sebelum ni...
ni tak de kaitan dengan Hari Ibu ke ape...salah ke nk cerita pasal mama sendiri?
hohoho~~
jadi, kali ni...nak cerita pasal mama lak...wanita yang mengandungkan dan melahirkan diri ini...wanita yang memang lagi garang dari babah tapi lebih rapat dengan anak2 dia...wanita yang selalu ada untuk mendengar rintihan hati anak-anaknya....
itu la mama saya....
kalau kawan-kawan tanya - "siapa lagi tua antara parents korg?"
dengan bangganya...Noi menjawab..."mama Noi lagi tua dari babah...tua yang sgt jauh~"
hehehe..tapi tu tak menghalang mereka dari hidup bahagia...
berdasarkan cara babah n mama cerita cara mereka jumpa and kemudian bernikah...Noi rasa diorg pasangan yang bercinta selepas bernikah...frankly speaking...cara yang Noi prefer untuk bercinta kot...hehehe
kalau berbual dengan babah paling lama leh dapat 3 minit...kalu dengan mama...lebih 30 minit pun tak pe...ada je cerita yang dia nak bagitau...dengar je la...coz terubat rindu bila dengar suara lembut dia...
sampai masa...leh dengar suara dia marah-marah time tengah berbual dengan Noi, marah adik2 yang kat rumah tu yang boleh tahan nakal + degil...
mama selalu ada time Noi nak mengadu apa-apa....
kalau telefon dia, Noi rasa Noi just cakap cam biasa je...tapi lepas tu dia akan tanya - "Noi kenapa ni? Ada apa-apa ke nak cerita dengan mama?"
kalau bgtau mama yang Noi terkilan dengan result exam - "tak pe la...bukan rezeki kali ni...tak payah nak nangis2 semua...tu yang Noi mampu buat kan? tak kan mama nak marah lebih2..."
kalau tiba-tiba ada masalah dengan benda yang memang Noi tak boleh nak handle or tak pernah pun berlaku sebelum ni (faham-faham la cerita yang camne) - "cuba slow2..jangan paksa-paksa" atau "wat tak tau je ye..."
since Noi masuk 20s ni...everytime balik rumah...mama mesti tanya - "Noi tak ada boyfriend ke?"
wow~soalan cepu emas...dengan selambanya anak dara dia jawab - "tak de mama..."
hehehe...leh dapat baca kot kenapa dia tanya camtu...dia maybe teringin nak kongsi masalah cinta anak-anak dara dia...teringin nak tau anak-anak dara dia ni macam mana kat luar sana....
yang satu cam wat tak tau je, yang satu tu tomboy skit, yang satu tu innocent habisan, satu lagi baru je 3 tahun lebey...
sampai masa...bila jawab "tak ada" or "tak ready lagi", dia akan balas - "tak payah la...belajar dulu...tu yang penting"...
sampai masa plak - "tak nak cari ke?"
Noi pun...cam biasa la...selamba punya jawapan - "tak terasa macam nak satu pun mama...tak ready nak bagi2 masa between diri sendiri, member2, and dia...."
mak aih mama ku ini...penat kot jawab soklan yang sama...kadang-kadang time telefon pun dia akan tanya soalan yang sama...
time yang Noi 'bergaduh' dengan Huda pun dia leh kata - "Noi gaduh dengan dia pasal boyfriend dia suka kat Noi ke?"
Ya Allah...mamaku~sampai ke situ mama fikir...hahaha...
dia dah tak tanya lagi pasal benda ni...since Futsal PKPMI CUP...
time tu dah siap2, nak keluar gi ke Gor Pakuan...bertugas sebagai camera-girl tuk futsal...baru nak keluar ni...hp berbunyi...mama telefon...
"babah suruh telefon tanya apa cerita...senyap je..."
(ayat biasa kalau Noi tak telefon rumah lebih dari 3 hari...hehehe)
"tengah wat pe?"
tengah siap2, nak keluar rumah...
"pergi mana?"
tengok futsal...
"pakwe ada main ke?"
hahaha...mana ada mama...pakwe pun tak ada...kerja la mama, amik gambar event...
"owh~ingatkan tengok pakwe..."
mama...kalau Noi dah ada pakwe nanti Noi cerita la dengan mama...mama orang pertama yang tahu pasal benda ni...
(ayat biasa kalau Noi tak telefon rumah lebih dari 3 hari...hehehe)
"tengah wat pe?"
tengah siap2, nak keluar rumah...
"pergi mana?"
tengok futsal...
"pakwe ada main ke?"
hahaha...mana ada mama...pakwe pun tak ada...kerja la mama, amik gambar event...
"owh~ingatkan tengok pakwe..."
mama...kalau Noi dah ada pakwe nanti Noi cerita la dengan mama...mama orang pertama yang tahu pasal benda ni...
selepas dari hari tu...sampai la hari ni...mama tak pernah sebut pun pasal benda ni...hohoho...tak de tanya-tanya lagi...
cukup puas hati kot dengan jawapan ni...
selama hampir 22 tahun hidup & kenal dunia ni...mama tak pernah pun tunjuk yang dia bosan melayan kerenah anak-anak dia...maklum la...perempuan lebih dari lelaki...bab kacau-kacau yang bujang satu tu, memang roboh rumah...marah-marah gak tapi lepas tu....masak yang sedap-sedap~hehehe
malu gak la jadi anak dia ni...coz mama sangat pandai masak...tapi anak dia yang satu ni setakat lepas 3-4 lauk je...huhuhu....kena belajar lebih lagi ni...
uih...sekali lagi...post yang panjang....
harap bersabar la yer baca post ni....
XOXO - mama...Noi rindu n sayang mama...babah pun sama gak~
No comments:
Post a Comment